Link Utama www.peoplepreneur.net

Saturday, March 27, 2010

Sehari Selembar Kata:

"Semakin Kuat Kita Berusaha, Semakin Terasa Dugaan & Rintangan, Namun Jangan Putus Asa! Kerana Sebenarnya Makin Dekat Pintu Kejayaan Yang Diimpikan"...Master Hasryn

Sunday, March 21, 2010

Mentor-mentor PBS, Abang Abu dan Dr Irfan Khairi. Mentor yang sentiasa dekat dihati seluruh warga komuniti PBS.
Gandingan Duo-Millionaire ini memang mantap. IK terkenal dengan Kepakaran Bisnes IT nya, dan AA pula terkenal dengan Kepakaran Kewangannya. Kedua-dua mereka tidak pernah lokek untuk mencurahkan ilmu mereka dalam bisnes, lebih-lebih lagi buat ahli-ahli Komuniti PBS. Sangat dihargai usaha murni mereka berdua. Semoga rezeki mereka diperluaskan oleh-Nya.

Peplepreneur Business School

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dari meja penulis Diari Peoplepreneur Business School.
Setelah beberapa bulan menyertai PBS, kelihatan semakin hari semakin kuat dan tegas keinginan untuk lebih berjaya. Kejayaan yang mencakupi seluruh aspek. Kejayaan bukan sahaja bermaksud 'berjaya' dari sudut kewangan sahaja, tetapi ia mempunyai maksud yang lebih meluas. Hidup lebih tersusun, matlamat makin jelas, jalan kehidupan tersusun rapi perancangannya, dan berbagai-bagai lagi takrifan 'kejayaan'.
Mengenali orang-orang yang berjaya dan hebat seperti Dr Azman Ching, Dr Irfan Khairi, Abang Abu, Mr Allen Lee, Billi Lim, Chef Li dan ramai lagi telah membuatkan 'mindset' menjadi lebih positif dimana tiada langsung istilah putus asa selepas ini dalam mengejar matlamat menuju impian. Mereka semua dijadikan mentor dalam mengharungi dunia perniagaan yang diminati sejak kecil. Hadis Nabi yang menceritakan bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan memang TEPAT sekali. Mengikut statistik, lebih daripada 75.8% orang yang berjaya memperolehi "kebebasan kewangan" tidak lain dan tidak bukan, datangnya dari jalan perniagaan.
Ini menguatkan lagi keazaman untuk menjadi lebih HEBAT setelah mengenali potensi diri dari "WHO ARE U WORKSYOP" dimana mendedahkan kebolehan dan kekuatan sebenar kita dimana. setelah mengetahui kekuatan, HARUS lah FOKUS pada kekuatan dan jangan 'tamak' merebut segala peluang lain. Memang dibenarkan dan digalakkan untuk 'tamak' dalam mengejar kekayaan, tapi seeloknya ikutlah resam 'biar kecil asalkan berhasil' jika dibandingkan dengan 'merebut segala peluang yang hadir, tetapi akhirnya satu hasil pun tidak hadir!!!'
Sepanjang menyertai PBS, terlalu banyak yang dipelajari; ilmu-ilmu perniagaan, skil-skil menawan pelanggan, skil komunikasi berkesan, 'dare to fail', 'dare to face rejection', 'dare to sell', dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang tidak mampu ditulis kesemuanya disini. Berkenalan dengan orang yang HEBAT membuatkan diri lebih 'bermotivasi'. Mana tidaknya, melihat rakan-rakan seangkatan PBS berjaya seorang demi seorang membuatkan diri sendiri tergerak untuk berusaha lebih gigih. Persaingan dalam perkara positif PASTInya membuatkan kita lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan ini.
Sejenak diri ini berfikir, merenung kembali impian-impian yang dilakarkan pada kotak MINDA sekian lama dulu. Ada diantaranya TELAH BERJAYA dipenuhi, namun masih banyak lagi IMPIAN yang masih belum tercapai. Tidak akan putus asa!!! Itulah sinonim perkataan bagi sahabat-sahabat PBS!!! Perkataan dan sifat 'ANTUSIAS' telah meresap dalam diri setiap ahli PBS untuk menggapai impian masing-masing.
Sekian dahulu coretan dari meja penulis Diari PBS.
Moga ketemu di lain masa.
Salam Kehebatan dari saya, SEE U TOGETHER AT THE TOP!!!

Thursday, March 18, 2010

100 Jenis Perniagaan Yang Boleh Anda Mulakan Dari Rumah

Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira
Syarikat ( akaun )
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle
( kitar semula )
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman /
Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan/jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru tari
Guru kompang
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan Guru sulaman/mengait
Guru musik Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab talipon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Multi level marketing
Jualan secara parti dirumah
Menjual melalui talipon
Perkhidmatan talipon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Menyewakan peralatan musik
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang , lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan perliharaan
Melukis pelan rumah/bangunan
Menulis buku/menulis skrip drama
Menulis novel / cerita seram / remaja
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas.
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Komedi
Penterjemah
Proofreading
Editor